Monday, 21 May 2012

Bersih 3.0: Anwar, Azmin diperintah ke Mahkamah Jalan Duta esok


KUALA LUMPUR 21 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Azmin Ali diperintah hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta pada jam 9.00 pagi esok.
Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Syah Syed Osman, mengesahkan Anwar diperintah demikian.
Writ saman Azmin pula diterima oleh Pegawai Khasnya, Hilman Idham, di Tingkat 1, Ibu Pejabat KEADILAN di Damansara, hari ini.
Azmin dituduh di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan kerana menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
(Laporan menyusul)

Thursday, 17 May 2012

Najib pulang tergesa2, majlis di Pekan tak dapat sambutan

KUALA LUMPUR 17 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa pulang tergesa-gesa apabila majlis perasmian Karnival Belia Pekan yang dirasmikannya gagal mendapat sambutan.
Sasaran 10,000 kehadiran meleset dengan kira-kira hanya 5,000 sahaja ke majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Merujuk Buletin Online, saksi seorang pegawai tinggi swasta dilapor berkata, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah jamuan petang di Dewan Majlis Daerah Pekan pada 12 Mei lalu itu.
“Majlis bermula jam 3.00 petang dijangkakan kehadiran 10,000 tapi yang hadir kurang 5,000.
“Selepas perasmian dan penyampaian hadiah, PM sepatutnya bersama ke jamuan petang, tapi PM tergesa-gesa berangkat pulang,” katanya yang tidak mahu dikenali.
Beliau menyifatkan tindakan Najib itu membazir kerana meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang.
“Apa jadi jamuan yang disediakan berpuluh-puluh meja, (akhirnya) cuma tiga meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Datuk Seri Adnan Yaakob), satu meja orang awam, (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita.
“Selebihnya kosong dan yang luar dewan juga kosong,” jelasnya menambah, majlis penyerahan tajaan karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa dibatalkan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30543
Posted by  on May 17 2012. Filed under NASION

Monday, 14 May 2012

Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat siap 90%, calon diumum segera

Keadilan Daily..

PETALING JAYA 14 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) kini dalam peringkat akhir menyiapkan senarai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti komponen dalam Pakatan telah mengemukakan calon masing-masing dan akan diputuskan secepat mungkin.
“Keseluruhannya telah diselesaikan. Parti telah kemukakan senarai calon tetapi mengikut tradisi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, senarai terbabit akan dimaklum untuk diputuskan bersama.
“Di Sabah dan Sarawak juga sedang berjalan, tetapi kalau ada perkembangan baru yang menarik, Pakatan Rakyat perlu merujuk pandangan rakan-rakan di sana,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan telah 90 peratus siap dan pimpinan tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk memuktamadkannya.
“Kita tak boleh beritahu tarikh secara terperinci, tetapi apa yang saya boleh katakan ia akan diputuskan secepat mungkin, kurang daripada seminggu,” katanya.
Spekulasi tarikh pilihan raya hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Umno Ke 66 pada 11 Mei lalu.
Najib secara sinis dilaporkan kononnya mahu bertemu Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen selepas menyaksikan sambutan daripada penyokongnya pada hari tersebut.
Bloger-bloger turut meramalkan PRU ke 13 akan diadakan pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei. Ramalan itu berdasarkan cuti sekolah selama dua minggu bermula 28 Mei.
Anwar ketika ditanya mengenai desas desus tarikh PRU, beliau secara berseloroh bertanya kembali kepada pemberita sama ada menerima apa-apa maklumat berkenaan pembubaran Parlimen oleh Najib.
“Anda media mesti tahu, ada tak Najib pergi ke Istana hari ini,” katanya disambut gelak tawa pemberita.
Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Wednesday, 9 May 2012

Fatwa Majlis Kebangsaan Ehwal Islam Mengenai Hukuman Haram Berdemonstrasi


BIRO PENERANGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT
 
KENYATAAN MEDIA
 
 
Fatwa Majlis Kebangsaan Ehwal Islam
Mengenai Hukuman Haram Berdemonstrasi
 
 
 
Petaling Jaya, Selangor, 7 Mei2012.  KEADILAN berpendirian tegas bahawa pandangan Pengerusi Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang disiarkan dalam media semalam (5hb Mei 2012) adalah sangat bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat berotoriti iaitu Shaikh Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha’b (Revolusi Rakyat). Beliau berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.
 
Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan UMNO yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka. Sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merujuk dahulu kepada beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat bagi mendapat fakta yang sebenar apa yang telah berlaku pada 28 hb April yang lalu. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak wajar berat sebelah. Yang jelas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah gagal melihat insiden 28hb April secara menyeluruh. KEADILAN yakin bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 sejak dari awal lagi mempunyai tujuan yang jelas itu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia.

Justeru, kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai sebuah badan tertinggi dalam pembuatan fatwa amat diragukan kredibilitinya. Kita ingin bertanya di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat, perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah? Apakah pandangan Jawatankuasa Fatwa terhadapan keganasan fizikal yang telah dilakukan oleh pasukan PDRM ke atas demonstran dalam demonstrasi Bersih 3.0? Rakyat berhak mendapat jawapan-jawapan yang ikhlas dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu tersebut demi kebenaran dan keadilan sejagat. 

Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk mempastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan memenuhi ciri-ciri kesahihan sesuatu fatwa seperti yang dikehendaki dalam Islam iaitu mempastikan fakta yang diperolehi adalah benar bukan artificialatau penuh dengan sangkaan buruk (su’ al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Qur’an, Sunnah dan lain-lain sumber yang muktabar, serta adil. Adalah jelas bahawa fatwa Jawatankuasa Kebangsaan lebih berbaur “politik murahan” dari kewibaan fatwa yang dibahaskan oleh alim ulama yang berotoriti.
 
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat