Friday, 29 June 2012

Bekas menteri Kabinet pun cuba sogok Ahli Parlimen Pakatan – Azan


KUALA LUMPUR 29 Jun: Selain Zamil Ibrahim, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan seorang bekas menteri Kabinet turut terlibat dalam menyogok ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk lompat parti.
“Mulanya malas mahu layan ajakan itu tapi  atas dasar ingin tahu, saya ikut ke sebuah hotel.
“Ada Ahli Parlimen lain di tempat perjumpaan dan kami semua ditawar untuk lompat parti tetapi tidak berbuat demikian.
“Kita juga akan buat pendedahan dalam bentuk visual yang lebih jelas, tepat dan nyata,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau sebelum ini, mendedahkan, pernah ditawar RM5 juta untuk lompat parti pada tengah hari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.
Azan juga mendedahkan perbuatan Zamil yang sebelum ini didedah sebagai ejen Umno untuk melakukan hal sama, didalangi seorang timbalan menteri sebuah negeri Barisan Nasional.
Beliau juga menyifatkan bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah itu, sebagai seorang personaliti yang hanya layak menjadi ejen ‘jual-beli’ kambing.
“Zamil bukan sesiapa, hanya ambil kesempatan untuk ‘makan atas angin’ kerana mungkin diberi komisyen,” katanya.

Thursday, 28 June 2012

PELANCARAN SISMEP 3.0 NEGERI TERENGGANU

                       gambar-gambar pelancaran SISMEP & agihan bahan kempen pilihanraya





Saturday, 23 June 2012

Pelancaran SISMEP&Penagihan bahan kempen Piliharaya peringkat Negeri Terengganu

 
28 JUN- 8.30 AM-Perasmian Bilik Gerakan Utama&Penagihan bahan kempen Piliharaya peringkat Negeri Terengganu oleh YB Azmin Ali (Pengarah Piliharaya PKR) di Pejabat PKR Negeri Gong Kapas,semua AJK MPN,JPRN,JPRC,AMK,Wanita,Srikandi negeri dan cabang,semua di wajibkan hadir ,turut bersama hadir Yb Dr Mansor Timb ketua menteri p.pinang,Yb Zuraida Ketua Wanita Sdr Shamsul Ketua Amk.

28 JUN - 10 PM- Pelancaran SISMEP&Khusus PACABA di Hotel Kenangan semua terlibat, calon2 juga wajib hadir

 Pertanyaan boleh berhubung dengan Pegarah Pilihanraya Negeri (Hj Man) atau Setiusaha Pilihanraya Negeri (sdr Raduan Bustaman) 

Friday, 22 June 2012

AHLI-AHLI PARLIMEN UMNO/BN SENYAP MENIKUS BILA DICABAR OLEH DSAI SUPAYA BANGUN JADI ANAK JANTAN JIKA BERANI MAU BERDEBAT ISU FITNAH RM3BILLION...


RM3 bilion: Jika wujud, Mahathir takkan lepaskan peluang – Anwar

KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud.
“Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya,” kata Ketua Pembangkang itu.
Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti.
Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu.
Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR menjalankan siasatan terperinci hingga ke Singapura dan United Kingdom.
“Tapi sekali lagi, bila terbukti tiada kes terhadap saya, Mahathir mengarahkan Razak jangan beritahu sesiapa.
“Di Parlimen, ada beberapa ahli parlimen BN mengganggu perbahasan dengan menjerit ’3 bilion’ lalu saya duduk dan minta mereka bangun untuk bertanyakan soal itu.
“Tak ada pula yang nak bangun. Kamu guna media seperti TV3 dan Utusan untuk hina saya tapi bila saya cabar berdepan, semua ‘kelu lidah’ tidak berkata,” katanya.
Anwar juga menolak fitnah kononnya Mahathir akan dituduh dengan tuduhan palsu sebagai membalas dendam apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
“Saya tak pernah berniat jahat. Sekalipun untuk heret sesiapa ke penjara jika Pakatan menang pilihan raya. Tak kiralah Mahathir, Najib mahupun Rosmah.
“Saya cuma mahu buktikan kita boleh tadbir negara dengan baik,” katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Fitnah RM3 bilion: Ahli Parlimen BN menikus dicabar Anwar

KUALA LUMPUR 20 Jun: Wakil-wakil rakyat Umno hanya berani membuat fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media dan ‘serang hendap’ tetapi menikus apabila dicabar secara berhadapan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen.
Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan jeritan “RM3 bilion, RM3 bilion!”
Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.
“Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.
Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.
Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus.
Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bising mencabar Anwar mendedahkan akaun mengenai isu RM3 bilion tetapi membisu apabila Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri itu supaya sama-sama mendedah akaun.
Parlimen sekarang sedang membahas peruntukan tambahan RM13 bilion yang dipinta oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dari jumlah itu RM360 juta diperuntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terpalit dengan penipuan daftar pemilih.
Anwar juga mengkritik pentadbiran Najib yang tidak cekap merancang dan mengendali ekonomi apabila unjuran defisit fiskal meningkat kepada 6.2 peratus berbanding 4.7 peratus semasa pembentangan belanjawan Oktober lepas.(keadilandaily

Thursday, 21 June 2012

BESAR MANA ASTAKA YANG RUNTUH DI BESUT TU !!!


BESUT – Sebuah bangunan dalam pembinaan dalam kawasan Astaka di bandar Jertih dekat sini dilaporkan telah runtuh pada kira-kira jam 2.45 petang hari ini Khamis 21 Jun.

Menurut Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad runtuhan tersebut telah menghempap para pekerja yang bertugas membina bangunan terbabit.

“bangunan tersebut dalam pembinaan, runtuhan telah menghempap para pekerja yang sedang bekerja dan sehingga kini enam orang telah diselamatkan dan dikeluarkan dari runtuhan,”ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, pihak penyelamat sedang bertungkus lumus menjalankan usaha bagi mengeluarkan empat orang pekerja lagi yang dipercayai masih tertimbus.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera parah di hantar ke hospital Besut.

“Enam orang cedera parah, luka-luka da nada yang patah, mereka dihantar ke hospital Besut, saya dimaklumkan penyelamat sedang mencari empat lagi pekerja binaan yang masih tertimbus,”jelasnya.

Oleh itu, beliau mendesak supaya bangunan keajaan yang sedang dalam pembinaan itu dihentikan serta merta pembinaannya bagi membolehkan satu siasatan dilakukan.

“kita mendesak supaya projek pembinaan bangunan itu dihentikan serta merta, supaya satu siasatan dapat dijalankan secara terperinci,”tegasnya.(dr buliten online)

Tuesday, 19 June 2012

Tuduhan terima RM60 juta: Anwar menang kes terhadap Nallakaruppan


KUALA LUMPUR 19 Jun: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan permohonan pembelaan Datuk S Nallakaruppan berhubung tindakannya memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Ketua Umum KEADILAN itu menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation.
Peguam Anwar, Latheefa Koya dalam satu kenyataan memberitahu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam dalam kamar selepas mendengar hujah kedua-dua pihak menolak permohonan Nallakarupan itu.
Alasan hakim tindakan Nallakaruppan itu remeh, penafian semata-mata dan menyalah guna proses mahkamah.
Dakwaan itu dibuat Nallakaruppan pada 23 Ogos 2008 dan diterbitkan dalam Mingguan Malaysia di bawah artikel bertajuk “Didakwa Terima 60 Juta.”
Mahkamah mengarahkan Nallakaruppan membayar kos ganti rugi terhadap Anwar dan jumlah tersebut akan dinilai kemudian.
Anwar turut diwakili peguam M Afiq Noor manakala Nallakaruppan diwakili Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Abishegam Sarah dan Nurul Nabiha.

PAKAT MARI BELAKA ORG KEMAMAN PROGRAM MERDEKAKAN RAKKYAT

             PAKAT MARI BELAKA ORG KEMAMAN PROGRAM MERDEKAKAN RAKKYAT