DARI KERAJAAN RAKYAT..
Saturday, 28 July 2012
Perkembangan terbaru politik Sabah semakin memeningkan kepala Datuk Seri Najib Razak apabila dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran) telah dengan rasminya menjemput Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru yang dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF). Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan perkara ini dengan berkata beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini. "Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya.
SAMM cadang boikot sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55
Buat kali pertama
dalam sejarah, sambutan Hari Kemerdekaan telah dicemari oleh kepentingan
politik kepartian yang melampau. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
menggesa agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo yang
mengarut ini diboikot serta merta.
Tema hari kebangsaan "Janji Ditepati" yang diambil daripada tema jelajah BN dilihat SAMM sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya regim terus menggunakan tema "Undilan BN" sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihan raya dijalankan.
Hari kebangsaan atau Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut oleh semua rakyat dalam negara ini merentasi batasan agama dan bangsa, apatah lagi warna kepartian. Namun sambutan tahun ini begitu memualkan apabila regim BN yang telah benar-benar terdesak melacuri Hari Kebangsaan dengan menjadikan sambutan sebagai pentas kempen dan dengan tema jelas kepartian. Bagi SAMM, ini semakin melengkapkan syarat kejatuhan sesebuah regim.
SAMM juga menyeru kepada semua negeri Pakatan Rakyat agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo mengarut ini tidak dibenarkan berlaku dalam negeri masing-masing. Sambutan di peringkat negeri PR seharusnya diwarnakan semula dengan lebih murni dan patriotik. SAMM menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim BN. Hari Kebangsaan mahupun Hari Merdeka disambut setiap tahun untuk semua, bukan untuk disambut oleh segelintir penyokong sesebuah parti. Maka kerajaan negeri bukan di bawah regim BN harus menerajui rakyat bertindak keras di atas kecelaruan yang ditimbulkan regim BN.
Sudahlah selama hari ini sambutan merdeka disadur dengan sejarah kemerdekaan separuh masak yang hanya menampilkan tokoh-tokoh UMNO sahaja, sedangkan sejarah menuntut kemerdekaan itu berlaku jauh lebih awal sebelum wujudnya UMNO. Malangnya hanya UMNO wujud dalam sejarah jasa negara sedangkan banyak bukti persekongkolan UMNO dengan penjajah British dan pihak yang jelas melawan dengan garis keras dilihat penjenayah dalam sejarah. Kini pula keadaan menjadi lebih parah apabila sambutan kemerdekaan itu dihiasi dengan tema syok sendiri dan logo sampah.
Jika kecelaruan dan pencabulan hari kebangsaan dibenarkan berlalu tahun ini sebegitu saja, yakinlah ia akan menjadi tradisi dan amat tidak baik bagi semangat pembinaan negara ini.
*Kenyataan media oleh che'GuBard (gambar kiri) selaku Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Friday, 27 July 2012
70% rakyat Malaysia terbeban hutang kenderaan – Azan
KUALA LUMPUR 27 Julai: Lebih 70 peratus rakyat Malaysia menggunakan
separuh pendapatan bulanan hanya untuk membayar pinjaman kereta, kata
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
“Paling sedikit pun, RM500 sebulan. Itupun kereta (Perodua Kancil). Sekarang, semua orang terpaksa memiliki kereta sendiri disebabkan sistem pengangkutan awam yang teruk,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Azan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) melaporkan, 61 peratus isi rumah di Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000.
“Tapi, kurang daripada sepuluh peratus rakyat Malaysia menggunakan pendapatan bulanan mereka untuk membeli aset seperti rumah dan tanah,” jelas beliau.
Justeru kata Azan, rakyat Malaysia dilihat berbelanja lebih untuk kenderaan, berbanding melabur aset kekal seperti rumah dan tanah.
“Sembilan tahun bayar pinjaman kereta ialah amalan kewangan yang tidak sihat,” katanya.
Beliau menambah, kenderaan mengalami susut nilai secara purata 20 peratus setahun, manakala nilai kenderaan akan menyusut kepada ‘harga buku’ pada tahun keenam dari tarikh kenderaan dibeli.
“Kalau kereta berharga RM100,000, maka setiap tahun nilai susutnya adalah 20 peratus. Pada tahun keenam,’harga buku’ sekitar RM25,000 sahaja,” katanya.
“Pembiayaan kewangan Malaysia paling teruk. Kerajaan dilihat menyebelahi syarikat kewangan. Bank memang suka tempoh pinjaman dilanjutkan. Lagi lama pinjaman dibuat, lagi besar untung yang mereka dapat,” kata Azan.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat bercadang untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais dan cukai import jika berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat.
Langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai-cukai tersebut.

Friday, 13 July 2012
Program Jalinan Mesra PKR Terengganu Di Kemaman
Gelagat semasa kutipan derma bagi menbantu ahli PKR Kemaman yang akan menjalani pembedahan
Mendengar ucapan YB Azan
Penyerahan borang keahlian PKR oleh En Lee Naib Ketua PKR Cabang Kemaman,yg juga baru di lantik Naib Ketua PKR Terengganu
Bersama ahli-ahli Pkr Neram yang datang dengan 2 buah bas..tahniah saudara Asri dan juga mereka yang menjayakan program ini

Tuesday, 10 July 2012
Umno politikkan tema Hari Kebangsaan – Srikandi
KUALA LUMPUR 10 Julai: Pemilihan tema ’1Malaysia Janji Ditepati’ untuk sambutan kemerdekaan ke-55 pada tahun ini
melambangkan Umno begitu terdesak hingga sanggup mempolitikkan hari bersejarah negara.
melambangkan Umno begitu terdesak hingga sanggup mempolitikkan hari bersejarah negara.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail menyifatkan tindakan itu politik murahan dalam strategi Umno memancing undi rakyat.
“Janji Ditepati’ adalah tema yang digunakan atas kapasiti Umno untuk menggula-gula dan membeli rakyat. Saya tak faham apa kaitannya dengan sambutan kemerdekaan,” katanya.
Tema itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 25 Jun lalu.
Aishah berkata, hari kemerdekaan merupakan hak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama.
Katanya, kebebasan yang diperoleh daripada penjajah dengan penuh rintangan dan perjuangan perlu diraikan bersama-sama. Justeru tidak ada isu yang mengaitkan sambutan itu dengan tema tersebut.
“Umno patut tahu bezakan mana satu hak Umno dan hak rakyat, malah ‘Janji Ditepati’ itu habuan yang dijanjikan Umno dan bukannya hasrat seluruh rakyat,” tegasnya.
April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan kempen ‘Jelajah Janji Ditepati’ yang bergerak ke seluruh negara dalam usaha kononnya mempromosi janji-janji Umno dan sebagai ‘platform’ untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Umno turut menggunakan jentera kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjayakan karnival itu disamping mengundang artis tempatan
Saturday, 7 July 2012
Mat Sabu: Anwar seorang pemimpin berani
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin berani dan kata timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, mengulas mengenai temuramah ketua pembangkang dengan Financial Times (FT) baru-baru ini.
Dalam wawancara bersama FT, Anwar Ibrahim mengatakan jika gagal menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) 13 ini, beliau akan bersara dalam politik dan kembali mengajar di universiti.
“Dengan menggeluarkan kenyataan sanggup untuk bersara dari politik jika tidak berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 ini, membuktikan Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang berani,” kata Mohamad Sabu (gambar) dalam temubual telefon kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Ertinya beliau yakin dengan kekuatan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.”
Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Anwar pernah diundang untuk mengajar dibeberapa universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Georgetown.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan persaraan politik Anwar benar-benar terjadi, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu mengatakan PR pasti mengemukakan pengganti kepada bekas timbalan perdana menteri itu.
“Soal pengganti kepada Anwar bukanlah satu isu kerana PR mempunyai ramai pemimpin pelapis,” jelas Mat Sabu lagi. “Persoalannya adalah apakah pengganti itu setanding dengan Anwar Ibrahim.”
PR ditubuhkan sebaik sahaja PKR, PAS dan DAP yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga BN pada PRU 12.
Semenjak berlakunya peristiwa bersejarah — digelar Tsunami politik itu, PR terus menjadi pencabar terkuat BN yang belum pernah lagi tewas dalam PRU semenjak kali pertama ia diadakan.
Thursday, 5 July 2012
Mayat bayi ditemui disembunyi dalam beg galas
Seorang pelajar berusia 16 tahun yang mengadu sakit perut dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, akhirnya mengaku dia baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg galas.
Beg galas yang mengandungi bayi perempuan yang dilahirkan pada pukul 1 pagi Selasa itu kemudian diberi kepada rakan perempuannya tanpa memberitahu isi kandungan beg itu.
"Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui dalam beg galas itu apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar itu dan memintanya membawakan beg berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan.
Beliau berkata penipuan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu itu terbongkar pada pukul 6 petang Selasa apabila doktor yang merawatnya
mendapati dia baru melahirkan anak.
"Pelajar berusia 16 tahun itu kemudian mengaku kepada doktor itu bahawa dia melahirkan seorang bayi perempuan di asrama sekolahnya," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan di tempat pelajar itu melahirkan bayinya, polis menemui gunting yang dipercayai diguna untuk memotong tali pusat bayi dan dibuang dalam tong sampah.
Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap bayi itu mendapati ada kesan lebam pada kepala dan terdapat air dalam paru-paru serta pendarahan yang teruk, katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
- Bernama

Wednesday, 4 July 2012
SIAPA YANG BUAT JALAN NI
Sudah hampir 4 tahun rakyat Dungun menanggung derita dengan jalan di bandar Dungun tidak sampai 4km belum siap-siap lagi.tuan-tuan fikirkalah..
Najib salur dana pelaburan RM1 bilion kepada kroni?
KUALA LUMPUR 4 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail meragui dana pelaburan RM1 bilion yang diumum Perdana Menteri tidak sampai kepada golongan sasaran tetapi dikaut kroni kerajaan.
Katanya, perkara itu paling dikhuatiri kerana kerajaan tidak menyatakan secara terperinci bagaimana dana tersebut akan disalurkan.
“Ia ibarat saluran air tetapi tiada paip. Mereka umumkan dana tetapi kaedah untuk menyalurkannya tidak diketahui,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Beliau berkata, Dana Strategik Pelaburan Domestik RM1 bilion yang diumum kerajaan tidak akan memberi kesan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan Bumiputera.
Menurutnya, Umno BN hanya bermain ‘tanda’ matawang dengan mengumumkan insentif berbilion-bilion ringgit tetapi tidak membawa kesan kepada usahawan Bumiputera.
“Walaupun pelbagai usaha dilakukan, hakikatnya penyertaan Bumiputera dalam IKS semakin menurun disebabkan dana yang disalurkan tidak sampai kepada mereka,” jelasnya.
Malah kata Azan, ketika dana itu dibentang di Dewan Rakyat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) gagal menyatakan cara dana itu akan dibelanjakan.
Justeru, beliau mencabar kementerian itu menyatakan secara mendalam bagaimana RM1 bilion itu akan diagihkan.
Pembentukan dana itu diumum Datuk Seri Najib Razak semalam.
Ia kononnya bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat milik Malaysia dalam rangkaian bekalan global, industri sasaran iaitu bernilai tinggi tambahan, berintensifkan pengetahuan dan industri berasaskan inovasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)