Sambutan di luar jangkaan kali ini!
Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!
Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada 1963.
Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.
Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.
Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini.
Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat.
Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.
Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.
Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.
Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.
Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.
Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu.
Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.
Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.
Saturday, 13 October 2012
Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.
Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.
"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.
"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.
Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:
"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."
Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:
"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut.

PROGRAM CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI KUALA IBAI
CERAMAH PAKATAN RAKYAT 12 OKTOBER 2012 DI KUALA IBAI, ANTARA BARISAN PENCERAMAH PADA MALAM TADI IALAH :-
-YB AZAN ISMAIL ( PENGERUSI PKR TERENGGANU)
-YM DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN (PENGERUSI AMANAH)
-YB DR SYED AZMAN (ADUN BATU BUROK)
-YBhg. DATO SRI RAHMAN MAIDIN ( BEKAS PRESIDEN DPMM)
-YB DR TAN SENG GIAW ( TIMB.PENGERUSI DAP)
-YAM TENGKU SERI PADUKA RAJA

Friday, 12 October 2012
Jabatan Perbendaharaan akui Belanjawan Pakatan 2013 tepat
Analisa yang dibuat Jabatan Perbendaharaan atas arahan Umno BN mengesahkan anggaran kos yang dirangka Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 bagi membiayai program ekonominya adalah tepat.
Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013, Rafizi Ramli berkata, angka-angka yang diumum oleh jabatan itu hampir sama dengan angka yang digunakan Pakatan Rakyat sebelum ini.
“Dalam program Pakatan, kita peruntukkan RM6 bilion setahun untuk menghapuskan tol, manakala anggaran terbaru Perbendaharaan juga RM6 bilion. (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin sebelum ini menganggarkan RM50 bilion.
“Kos untuk pendidikan percuma, kita anggarkan RM4 bilion manakala Perbendaharaan mengganggar RM5 bilion. Sebelum ini Umno BN menganggarkan RM18.5 bilion.
“Kos untuk hapus hutang PTPTN pula dianggarkan RM2 bilion, manakala BN tidak memperincikan tetapi bersetuju RM30 bilion boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun dengan kos RM2 bilion setahun,” kata Pengarah Strategi KEADILAN itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Turut hadir, ahli jawatankuasa yang lain termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, seperti yang disiarkan akhbar The Sun semalam mendakwa Belanjawan Pakatan menggunakan matematik yang salah.
Rafizi berkata, pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima, Pakatan memerlukan peruntukan tambahan RM2 bilion, tidak jauh seperti yang dianggarkan Jabatan Perbendaharaan iaitu sebanyak RM4.4 bilion.
Selain itu katanya, untuk Caruman Wanita Nasional dan bonus kepada warga emas, Pakatan memerlukan RM3 bilion setahun, menakala kos tersebut tidak dibantah oleh Perbendaharaan.
Katanya lagi, kenaikan royalti minyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, Pakatan memerlukan RM12.5 bilion dan jumlah itu turut dipersetujui perbendaharaan.
“Sebelum ini Umno BN juga mengganggar RM12.5 bilion untuk bayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar minyak,” kata Rafizi.
Bagi peruntukan untuk pengurangan duti eksais kereta secara berperingkat pula, Rafizi berkata, Pakatan memerlukan RM2 bilion setahun dan jumlah itu turut dipersetujui Perbendaharaan, tidak seperti anggaran Umno BN sebelum ini sehingga RM8 bilion.
Nurul Izzah pula berkata, tuduhan Ahmad Husni kononnya tiada peruntukan menghapus PTPTN, tol, bonus kepada warga emas, dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 adalah tidak berasas.
Menurut beliau, peruntukan sepenuhnya telah dibuat dengan kos keseluruhan sebanyak RM50 bilion.
“Untuk menghapuskan tol, kita sediakan RM6 bilion, pendidikan percuma (RM4 bilion), hapus PTPTN (RM2 bilion), gaji minima (RM2 bilion), Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion), bonus warga emas (RM3 bilion), royalti minyak (RM12.5 bilion), duti eksais kereta (RM2 bilion), suntikan dana perumahan (RM5 bilion) dan elaun khas perguruan RM500 sebulan (RM2.4 bilion),” katanya.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, peruntukan dibuat dengan mengambil kira penjimatan, ketirisan rasuah dan kronisme.
Sementara itu, Dzulkefly berkata, Belanjawan 2013 Pakatan memperuntukkan RM216.4 bilion.
Katanya ia termasuk belanja mengurus untuk perkhidmatan dan perbekalan sebanyak RM33.7 bilion, pembelian aset (RM1.1 bilion), caj perkhidmatan hutang (RM22.2 bilion), subsidi dan bayaran tetap (RM37.6 bilion), kos perolahan badan kerajaan melalui geran kerajaan (RM7 bilion) dan lain-lain perbelanjaan (RM14.8 bilion).
Bagi perbelanjaan pembangunan pula, Dzulkefly berkata, Pakatan memperuntukkan RM50 bilion untuk projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain.
“Belanja perolehan, kontrak dan pelaburan oleh Petronas dan syarikat-syarikat kerajaan sebanyak RM50 bilion,” katanya.
Thursday, 11 October 2012
Hutang Talam, jgn biarkan diri anda menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO.. Sebarkan!!!
Tahukah anda bahawa ketika UMNO/BNmenguasai pentadbiran kerajaan negeri Selangor, tiga kali mereka telah cuba untuk memungut hutang dari Talam Corp tetapi gagal..Cubaan tersebut telah dilakukan pada tahun 2005, 2007 dan 2008.. kenapa agaknya?
Setelah tampuk pemerintahan bertukar ke Pakatan Rakyat.. di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor RM392 Juta hutang tersebut berjaya dikutip..
Apa yang tersirat disebalik ini ialah bagi UMNO/BN apa yang dipinjamkan kepada TALAM itu bukanlah wang milik mereka jadi tak dibayar semula pun tak apa... asal kroni kaya itu sudah membahagiakan mereka..
Berikut adalah jawapan kepada 6 persoalan utama yang timbul tentang hutang TALAM.. sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas..
Oleh itu jangan biarkan keluarga, sahabat dan sesiapa saja yang anda kenali dari terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO...SEBARKAN!!

Saman AES untuk kaut wang rakyat
Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bertujuan mengaut wang rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
Katanya, sistem itu tidak telus kerana hingga kini pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mendedahkan syarikat yang terlibat membekalkan peralatan itu.
“Akhirnya saman ini merugikan seluruh rakyat. Jumlah saman itu juga terlalu tinggi antara RM300 hingga RM2,000. Malah Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sendiri menyarankan agar saman dibayar pada hari sama ia dikeluarkan dan ini sangat membebankan rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menyatakan bagi fasa pertama, sebanyak 14
daripada 187 kamera AES telah dipasang di beberapa lokasi dikenal pasti di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
daripada 187 kamera AES telah dipasang di beberapa lokasi dikenal pasti di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Manakala bakinya akan dipasang dalam fasa kedua, namun tarikh dan lokasi tidak diumumkan.
Shamsul turut menolak alasan JPJ kononnya sistem AES bertujuan mengurang jumlah kemalangan jalan raya dan mengekang budaya rasuah sebagaimana dinyatakan dalam laman jabatan itu.
“Tujuan itu kita sokong, tetapi kenyataan beliau juga membuktikan budaya rasuah dalam jabatan tersebut selama ini benar-benar berlaku sebagaimana dibangkitkan rakyat sekian lama.
“Budaya rasuah turut berlaku di jabatan lain termasuk Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Sebab itu ubat sebenar masalah ini ialah reformasi sistem dan bukan setakat pasang kamera, kemudian umum dan kenakan denda kepada rakyat,” tegas beliau.
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam sidang Parlimen lalu bersetuju menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, yang mana kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun, lapor akhbar The Edge.
Tuesday, 9 October 2012
Monday, 8 October 2012
Zahid Hamidi Kantoi Pulak Dah..
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kontrak perolehan kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi dan alat ketenteraan lain, tidak dikemuka untuk tujuan pengauditan. “Ia tidak terkandung dalam laporan yang dikemuka Jabatan Ketua Audit Negara.
“Tugas Jabatan Ketua Audit Negara bukan menyiasat penyelewengan, tetapi menegur sekiranya perolehan tidak mengikut prosedur sepatutnya. “JKAN, pertama akan mengaudit secara random apa yang dilapor kepada mereka. Dalam isu pembelian Scorpene, cara membuat pembayaran tidak dikemuka dalam penelitian audit. Sepatutnya penelitian ini dibuat oleh SPRM,” ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak semua pihak ‘harus menerima jawapan kerajaan’ mengenai isu itu seperti dijelaskan dalam laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Azan dalam pada itu mengesyaki laporan audit sengaja lewat dikemuka ke parlimen, sebagai usaha untuk melindungi sesuatu.
“Saya mengesyaki, oleh kerana tahun ini tahun kedua ia tergendala untuk diserah kepada parlimen, ada antara laporan yang ‘dikeluarkan’ untuk tujuan membentangkannya kepada parlimen,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Isu pokok dalam skandal pembelian Kapal Selam Scorpene adalah integriti dan sistem Perolehan Kementerian Pertahanan.
Katanya, hingga kini kerajaan tidak telus menjawab soalan dibangkit Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat berhubung komisen dalam urusniaga tersebut.
“Rakyat hanya mengetahui isu ini selepas ia didedah NGO Suaram, melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM7 bilion dan ini satu jumlah yang sangat besar.
“Sebab itu Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak harus menjawabnya dengan jujur dan telus termasuk persoalan melibatkan harga, keupayaan kapal selam dan bayaran komisen luar biasa yang dikait dengan beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan,” katanya.
Sunday, 7 October 2012
Indeks Bursa Saham Capai Paras Tertinggi, Tetapi Saham Felda Terus Merudum
Sungguhpun Indeks utama Bursa Saham telah mencecah paras tertinggi 1,668.32 pada hari semalam, namun harga saham Felda Global Ventures (FGV) terus tidak mampu untuk naik, malah menurun kepada 4.750 dari harga pembukaan 4.770
Para pelabur dan penggemar saham nampaknya tidak berminat terhadap saham FGV.
Yang berminat memantau tetapi dengan rasa berketar-ketar mengikuti turun naik harga saham FGV berkemungkinannya ialah KWSP dimana KWSP telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus pertengahan bulan lepas.
FBM KLCI telah ditutup 23.57 mata lebih tinggi pada 1,660.23 pada Jumaat berbanding 1,636.66 sebelumnya berikutan pengukuhan serantau.
Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit.
“Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.
“Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda),” kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara.

Subscribe to:
Posts (Atom)