Thursday, 5 April 2012

YB Azan desak Suruhanjaya DiRaja siasat lebihan belanjawan


KUALA LUMPUR 5 April: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat secara terperinci mengenai kaedah pengurusan belanjawan negara.
Ini kerana menurutnya, kerajaan melakukan lebihan belanjawan di bawah peruntukan Kumpulan Wang Luar Jangka (KWLJ) pada tahun lalu.
Menurutnya, peruntukan wang di bawah KWLJ pada tahun 2011 adalah RM 1.5 bilion  namun jumlah yang digunakan adalah RM3.13 bilion.
Ia termasuk peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebanyak (RM48,770,200) Jabatan Perdana Mnteri (RM353,760,000), Jabatan Perkhidmatan Awam (RM782,516,100), Perbandaharaan (RM204,450,000), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (RM13,220,000), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (RM5,000,000), Kementerian Kerja Raya ( RM152,000,000).
Kementerian Pengangkutan (80, 302, 000), Kementerian Kesihatan (621,870, 200), Kementerian Sumber Manusia (1, 350, 000),  Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (275,000,000), Kementerian Pertahanan (54,336, 600) dan Kementerian Dalam Negeri (545,627,000).
Azan mempersoalkan sumber wang KWLJ sehingga mencecah RM3.13 bilion sedangkan peruntukan yang dibenarkan adalah RM1.5 bilion.
“Jumlah ini mestilah diganti apa-apa yang digunakan dalam tempoh terdekat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 103 (i) dan Perkara 103 (ii),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurut beliau, keraguan turut berlaku pada jumlah simpanan luar jangka (SLJ) P.70 apabila jumlah simpanan SLJ yang diluluskan pada tahun 2011 adalah RM2 bilion, sementara bagi tempoh  1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 telah didahuulukan sebanyak RM1.9 bilion dengan baki RM592,998.
“Bagi peruntukan belanjawan 2012, kerajaan meluluskan jumlah peruntukan P.70 SLj sebanyak RM2 bilion iaitu sebahagian daripada keseluruhan peruntukan belanjawan 2012 sebanyak RM232,832, 900,000 (2.32 bilion).
“Sekiranya Parlimen meluluskan sejumlah RM1,999,407,002 dalam perbelanjaan tambahan kedua 2011 untuk tujuan menggantikan jumlah pendahuluan 2011 itu, maka kerajaan sebenarnya mempunyai ‘tambahan semasa’ sebanyak RM1,999,407,002 pada tahun 2012,” katanya.
Menurut beliau, perkara itu perlu dijelaskan kerajaan untuk mengelakkan tanggapan berlakunya jenayah penyelewengan belanjawan negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28925

No comments:

Post a Comment