Saturday, 31 March 2012

Gambar-gambar YB Azan bersama Timbalan Presiden PKR, 3 hari ke Sabah



 Penuh bergaya YB Pengerusi MPN Terengganu berucap di Sabah dalam rangka lawatan ,parti yang di ketuai oleh YB Azmin Ali 



Wednesday, 28 March 2012

Pakatan Rakyat tetap tolak GST – Anwar



KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tetap bertegas menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Umno BN.
Beliau berkata, selagi kadar pendapatan rakyat tidak meningkat adalah tidak munasabah untuk kerajaan melaksanakan sistem itu.
“Alasan kita orang-orang yang tidak membayar cukai itu terdiri daripada orang miskin, yang dicadangkan BN ialah memperluaskan jumlah pembayar cukai baru yang melibatkan golongan miskin,” katanya.
Anwar sterusnya berkata cara terbaik menyekat kerajaan melaksanakan cadangan itu adalah dengan menumbangkan Barisan nasional pada pilihanraya akan datang.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata pembangkang perlu duduk semeja dengan kerajaan bagi membincangkan pendekatan terbaik melaksanakan GST.
Menurut Idris, walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

Harga minyak dijangka naik kerana subsidi diguna untuk BR1M


kUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menjangkakan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair (LPG) akan naik dalam masa terdekat atau setidak-tidaknya selepas pilihanraya umum ke-13.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu berdasarkan tindakan kerajaan menarik peruntukan subsidi bahan api untuk disalurkan kepada peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Jawapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 13 Mac lalu dengan terang mengatakan bahawa sejumlah RM 1.92 bilion diambil daripada butiran 20, 500 B 11. Ia disahkan dan jawapan (Hansard) Perdana Menteri ada ditangan saya.
“Tekanan kepada kekurangan peruntukan subsidi ini menyebabkan kenaikan harga RON95, LPG dan diesel tidak dapat dibendung lagi dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam berlaku pertikaian apabila Azan membangkit isu peruntukan bahan api yang digunakan untuk BR1M semasa penggulungan jawapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai isu tambahan subsidi 10 sen kepada harga minyak.
Selepas pertikaian itu, Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) mencadangkan kepada Speaker agar Azan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kononnya kerana mengemukakan fakta mengelirukan Dewan Rakyat.
Azan kemudiannya tampil dengan bukti (Hansard Parlimen) yang terkandung jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 13 Mac lalu.
Azan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, sekiranya kerajaan memberikan subsidi 10 sen bagi mengekalkan harga RON95, bermakna kerajaan memerlukan belanjawan tambahan yang diperuntukkan kepada subsidi bahan api.
Namun setelah dirujuk kepada belanjawan tambahan yang akan dikemukan kepada Dewan Rakyat pada minggu ini, tidak ada peruntukan tambahan bagi menggantikan peruntukan subsidi yang dikurangkan.
“Kita khuatir sekiranya tidak ada gantian peruntukan ini maka ia akan menjejaskan RON95, LPG dan diesel. (Harga minyak) akan meningkat dalam masa terdekat atau memberi kesan selepas PRU. Kerajaan perlu memberi penjelasan berkenaan isu ini,” katanya.
Dalam perbahasan semalam juga, Azan berkata wujud kekeliruan mengenai jumlah sebenar subsidi yang diperuntkan pada 2011.
“Kementerian dan Ahli Parlimen kerajaan mengatakan perbelanjaan tidak melebihi RM20 bilion tetapi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 jumlah keseluruhan RM33.2 bilion,” katanya.
SUARAKEADILANDAILY

Bidaan baru NFC usaha tutup salah Najib

SUARAKEADILAN

KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menyifatkan pembukaan bidaan baru bagi mengambil alih Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sebagai usaha untuk menutup kesalahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan projek ini secara terus kepada NFC.
“Ini (skandal NFC) mencerminkan kecuaian Najib dan mungkin berlaku penyelewengan, dan perkara ini masih belum dijawab beliau.
“Justeru, kita bantah dengan keras pengumuman Noh Omar, yang dilihat cuba menutup peranan Najib dalam skandal yang menggunakan RM250 juta duit rakyat ini,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Rafizi turut mempersoal siasatan dan juga langkah-langkah pemulihan NFC yang sehingga ke hari ini masih belum mampu menangani masalah tersebut sehingga ke peringkat akar umbi.
“Ini termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Najib, walhal operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset NFC dan syarikat berkaitan berjalan seperti biasa dan cuba menghapuskan bukti penyelewengan.
“Begitu juga dengan pelantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri, yang sehingga kini tidak diketahui skopnya dan bilakah laporan dibentang di Dewan Rakyat.
“Kita khuatir audit ini hanya untuk mengenalpasti penyelewengan, agar bukti dapat dihapuskan,”katanya.
Rafizi merujuk pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semalam, yang akan membuka tender kepada pihak berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Projek yang sebelum ini dikendalikan syarikat milik keluarga Shahrizat ini disifatkan gagal dan menghadapi pelbagai masalah.
12 Mac lalu, Pengarah NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat 1965.
Rafizi berkata lagi, tidak ada pilihan lain selain terus membongkar penyelewengan yang telah dan masih berlaku dalam NFC, dan ini akan diteruskan bermula minggu depan.

Sinar Harian 28 Mac 2012


Monday, 26 March 2012

PKR TERENGGANU KEHILANGAN SEORANG PERJUANG

Gambar Cg Mat Nor menerima sijil perlantikan daripada YB Azan sebagai Pengarah Piliharaya Cabang Besut


















AL FATIHAH - KEPADA CIKGU MOHD NOR,  PENGARAH PILIHANRAYA CABANG  BESUT YANG BARU MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI DI KUANTAN,BELIAU MENYERTAI PKR SEMASA PARTI DI TUBUH KAN ,KAMI MPN PKR NEGERI TERENGGANU MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH ,SEMOGA ALLAH TEMPATKAN BELIAU BERSAMA ORANG-ORANG BERIMAN.JENAZAH MASIH LAGI BERADA DI 
KUANTAN.JENAZAH AKAN DI KEBUMIKAN JAM 10 PAGI ESOK

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT !!

Pembantu Tabika Kemas cedera akibat diragut

BALING - Seorang pembantu Tabika Kemas cedera akibat terjatuh dari motosikalnya selepas diragut di Jalan Kuala Ketil di sini malam kelmarin.
NURUL FATIHAH yang cedera akibat terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut di Baling semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa, Nurul Fatihah Yahya, 20, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Nazira Abdul Manan, 21.
Kedua-dua mangsa yang merupakan ahli Puteri UMNO Bahagian Baling dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Merah di sini selepas menghadiri satu kursus di Alor Setar.
Menurut Nurul Fatihah, dia menyedari seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri mereka sebelum menghimpit dan menarik beg tangan yang diletakkan di atas pahanya. -kosmo

Cedera angkara peragut

BALING: Dua ahli Puteri Umno Bahagian Baling cedera apabila terjatuh daripada motosikal ditunggangi selepas beg tangan mereka diragut seorang lelaki di Jalan Kuala Ketil-Baling dekat Simpang Tembak, Kuala Ketil, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.20 malam, Nurul Fatihah Yahya, 20, dan Nazira Abdul Manan, 21, dalam perjalanan balik selepas menghadiri kursus anjuran Puteri Umno Negeri di Alor Setar apabila suspek menghimpit sebelum merampas beg tangan mereka.

Nurul Fatihah yang juga Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Cawangan Kuala Merah, Kuala Ketil bergelut dengan peragut terbabit, menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan cedera di muka, kepala dan tangan.

Nurul Fatihah berkata, dia tersembam ke tanah menyebabkan kepala, muka dan tangannya cedera.

“Saya membonceng motosikal dan ketika itu tiada pengguna lain melalui jalan itu, menyebabkan kami tidak berani melawan suspek yang menunggang motosikal jenis EX 5 berwarna merah,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Ketil.

Nurul Fatihah yang bertugas sebagai Pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak(Tabika) Kemas di Kuala Merah turut kerugian lebih RM200 selain kehilangan barangan peribadinya.

Katanya, dia percaya suspek mengekori mereka selepas mereka singgah di Pasar Malam Kuala Ketil hingga ke persimpangan lampu isyarat sebelum meragut beg tangan mereka.
 -hm
Ulasan GB
Kita amat bersimpati dengan mangsa.
Inilah akibat apabila "jenayah ragut" berleluasa kerana apabila kerajaan UMNO BN tidak mengindahkan persoalan jenayah yang berlaku di dalam negara di sebaliknya mendabik dada dengan retorik palsu mendakwa negara kita paling selamat di Asia Tenggara.
Justeru itu, usah lagi bersikap demikian, sebaliknya benteras jenayah habis-habisan, bukan berselindung di sebalik angka-angka yang mendakwa kadar jenayah telah turun. Nanti terkena batang hidung sendiri. Itu peringatan/nasihat kita. Nak dengar, dengarlah, tak mahu dengar apakan daya... tunggu saja nanti, tentu ada berita lagi mengenainya. Semuga Allah swt selamatkan kita semua.


Saturday, 24 March 2012

PROGRAM TEMU RAPAT DAN PENYERAHAN WATIKAH PENGARAH PILIHANRAYA CABANG BESUT

Gambar-gambar program temu rapat di Cabang Besut

                                   












Lawatan YB Azan Ismail Ke Perhentian Teksi Bandar Kuala Terengganu

Bersama MPN , AMK dan juga wanita PKR negeri melawat perhentian Teksi Kuala Terengganu lawatan bermula jam 9.30 pagi tadi 






Friday, 23 March 2012

PTPTN batal jika Pakatan tawan Putrajaya – Anwar


(Oleh: Masdar Wahid) Keadilandaily
PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.
“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.
“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.
Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.
“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.
“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.
Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.
“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.
Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.
Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.
Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.

Gambar-gambar Pertandingan Ngail/BBQ Awak Muda Rating Teluk Ketapang







 Gaya dr MR LIM





Sinar Harian - 23 Mac 2012



Thursday, 22 March 2012

CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT DI KUALA IBAI

Ceramah baru bermula ..kehadiran di anggarkan 10 ribu orang,tahniah pada semua yang terlibat














Wednesday, 21 March 2012

AMK gesa KPT campur tangan isu penarikan pinjaman pelajar


(Oleh: Mohd Martin Kahar) Suara Keadilan
Affandi Malik (paling kiri) dan Rozan Azen (berkacamata dua dari kiri) bertemu Saifuddin Abdullah di Parlimen
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mahu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin campur tangan terhadap penarikan pinjaman sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang menyertai demonstrasi BERSIH 2.0 akhir tahun lalu.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Rozan Azen Md Rasip berkata, tindakan memberhentikan pinjaman itu sebagai tindakan berat sebelah kerana kerajaan negeri sepatutnya membela nasib rakyat tanpa mengira fahaman politik.
“Jika diberhentikan pinjaman, anak muda ini tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.
“Ia merugikan kerajaan negeri kerana pelajar ini bakal menjadi ilmuan pada masa akan datang,” katanya selepas bertemu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di Parlimen petang tadi.
Turut serta pada sidang media itu, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail dan Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Affandi Abd Malik.
Pada 19 Mac lalu akhbar melaporkan Yayasan Terengganu menarik balik pinjaman yang diberikan kepada sembilan pelajar bidang perubatan dan pengajian Islam di Mesir setelah dikenal pasti terbabit dengan demonstrasi BERSIH di republik itu akhir tahun lalu.
Penarikan pinjaman itu dilakukan berkuat kuasa serta-merta mulai awal tahun ini.
Semua pelajar terbabit dikatakan menyertai perhimpunan di perkarangan Kompleks Asrama Negeri YT di Hayyu Hasyrr di Kaherah.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata penamatan pinjaman pengajian itu dibuat berikutan Yayasan Terengganu tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan semua pelajar terbabit selepas diberi surat tunjuk sebab mengenai pembabitan mereka dalam demonstrasi itu.
Dua daripada pelajar terbabit adalah penuntut tahun tiga perubatan yang mendapat pinjaman pembiayaan pengajian berjumlah RM300,000 seorang, manakala tujuh pengajian Islam antara tahun satu hingga empat mendapat kira-kira RM24,000 seorang.
Pengerusi MPN Terengganu, Azan Ismail
Sementara itu, Mohd Affandi berkata, AMK melancarkan tabung bagi membantu sembilan pelajar terbabit.
“Kami difahamkan mereka terpaksa menanggung kos sara hidup menggunakan wang sendiri setelah pinjaman diberhentikan. Jadi kita melancarkan tabung bagi membantu mereka melanjutkan pengajian dan menampung kos sara hidup di sana,” katanya.
Mengulas perkara sama, Azan (gambar) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata sebagai Menteri Besar, Ahmad Said perlu melihat skop lebih luas bukan mengorbankan masa depan anak muda terengganu semata-mata perbezaan politik.
“Menyertai perhimpunan BERSIH bukan menghadiri aktiviti menentang kerajaan. Tindakan serta merta ini membunuh masa depan anak muda Terengganu yang berpotensi dalam bidang profesional,” katanya.
Beliau juga berjanji akan membawa isu tersebut ke Parlimen untuk menuntut campur tangan pihak yang bertanggungjawab.

Nurul Izzah: I will go to FELDA again


YB Azan persoal 12 pinjaman KWSP tiada jaminan Kerajaan


(Oleh: Nabihah Hamid) Suara Keadilan
KUALA LUMPUR 29 Nov : Ahli Parlimen Indera Mahkota , Azan Ismail mempersoalkan 12 pinjaman sektor kerajaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mendapat jaminan Kerajaan.
Azan berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak menjawab apa yang dibangkitkan beliau di sidang dewan rakyat hari ini.
“Hanya satu pinjaman saja yang ada jaminan kerajaan. Kita mempersoalkan 12 (pinjaman) kenapa tidak ada jaminan kerajaan. Tapi Menteri Awang Adek menjawab ‘pinjaman yang selamat’,”
“Kita tak boleh pakai alasan  macam tu, kenapa prosedur kata memberi pinjaman perlu ada jaminan kerajaan?,” katanya ketika ditemui di Parlimen.
Menurut Azan, soalan beliau berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendedahkan pinjaman KWSP bernilai RM55.1 bilion dilulus tanpa  jaminan kerajaan.
Laporan Ketua Audit yang dikeluarkan bulan lalu juga  mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut.
Menjawab soalan beliau hari ini, Awang Adek memberitahu kerajaan dan institusi korporat meminjam wang KWSP sebanyak RM83.7 bilion setakat Jun tahun ini.
Sebanyak RM79.41 bilion atau 95 peratus adalah pinjaman kepada kerajaan manakala baki RM4.31 bilion atau lima peratus adalah pinjaman kepada institusi korporat.
Kata Azan Lagi, jawapan Awang Adek bahawa KWSP tidak memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi juga mengelirukan, kerana Tenaga Nasional Berhad contohnya, mengalami kerugian  kira-kira RM453 juta.
“Kita (KEADILAN) bimbang dan takut macam pelaburan sebelum ini dilaburkan kemudian hilang. Ini kerana kita menyebut wang EPF yang disumbangkan oleh rakyat,” katanya.
Menurutnya jika pinjaman diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa jaminan, risiko untuk kehilangan wang yang dipinjamkan itu adalah tinggi.
“Kita perlu pertahankan (wang KWSP), jadi mesti ada jaminan yang kukuh. Wang rakyat akan hilang dan kerajaan sepatutnya tumpukan kepada pelaburan yang mendatangkan keuntungan,” katanya.