Kenyataan Media Berhubung Tindakan Menteri Besar Terengganu,Ahmad Said Menarik Balik Pinjaman Kepada 6 Orang Pelajar Terengganu Yang Belajar Di Mesir.
Angkatan Muda Keadilan(AMK) Terengganu menentang keras tindakan Ahmad Said,Menteri Besar Terengganu menarik balik pinjaman kepada 6 orang pelajar Terengganu yang belajar di Mesir kerana dikatakan terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 dan mansuh AUKU pada tahun lepas.
Ini kerana perhimpunan tersebut adalah sah di sisi undang-undang sepertimana yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak asasi setiap warganegara.Disebabkan perhimpunan Bersih 2.0 jugalah parlimen telah menubuhkan jawatankuasa penambahbaikan pilihanraya.Ini kerana tuntutan Bersih 2.0 terbukti relevan dan memberi manfaat kepada seluruh parti politik dan pengundi di negara ini.
Selain itu,perhimpunan-perhimpunan seumpama inilah membawa Perdana Menteri Malaysia,Najib Razak terpaksa mengumumkan pemansuhan ISA,satu akta zalim yang jelas menganiaya rakyat.
Tindakan Ahmad Said ini telah menafikan segala pengorbanan 6 orang pelajar ini dan seluruh keluarga mereka dari kecil dan membantutkan untuk ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus akan merugikan negara dalam melahirkan generasi baru professional.
Tindakan Ahmad Said ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa yang semakin membarah dikalangan pemimpin UMNO,BN dalam menguruskan wang rakyat.Sepatutnya wang rakyat diagihkan kembali tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya.Baru-baru ini Menteri Muda Pertanian Serawak,Mong Dagang juga menghentikan bantuan kebajikan bulanan RM 300,subsidi baja dan benih pokok kepada pekebun OKU,Frusis Lebi kerana dikatakan menyokong Pakatan Rakyat.Jawapan yang dikeluarkan Mong Dagang juga sama angkuh dengan jawapan Ahmad Said.
Jadi,tindakan Ahmad Said ini sama sekali tidak membawa apa-apa kebaikan bahkan mencabar sistem demokrasi negara ini.Tindakan ini tidak lain hanyalah untuk menyekat kebangkitan rakyat terutamanya anak muda yang melanda seluruh negara dan sudah melanda Terengganu sekian lama sejak keruntuhan Stadium Terengganu.
Sekiranya Ahmad Said tidak menarik balik keputusan tersebut,AMK Terengganu akan sedaya upaya membela nasib 6 orang pelajar ini termasuk mengadakan demonstrasi dan penerangan segenap pelusuk negeri dan negara.AMK Terengganu yakin pembelaan ini akan mendapat sokongan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik,agama dan bangsa.
Akhir sekali kesinambungan pembelaan ini akan diteruskan oleh rakyat dengan menumbangkan kerajaan UMNO/BN dalam PRU 13 yang akan datang dan kemenangan ini akan mengheret semua pemimpin UMNO/BN yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa serta rasuah ke muka pengadilan.
Ketua Penerangan AMK Terengganu,
Muhammad Safwan Abdullah
No comments:
Post a Comment